Artworks     |     Virtual Gallery     |     Events     |     Exposures     |     Media     |     Giftshop

Ambil Peduli... Kisah Pengerang & Perubahan Iklim

Outdoor Art Exhibition On Climate Change Initiated By Majlis Perbandaran Pengerang, Johor

6 designs of billboard artwork campaigns highlighting the impacts of Climate Change on Pengerang, Johor

21st October 2026 – October 2028

About The Exhibition

Title: Ambil Peduli… Kisah Pengerang & Perubahan Iklim
Location: Perbandaran Pengerang, Johor
Initiated By: Majlis Perbandaran Pengerang
Launching Date: 21st October 2026                                                                                                                      Officiated By: Norazmi Amir Hamzah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang                                              About The Campaign: An outdoor art exhibition campaign on billboards around Pengerang, Johor on issues about Climate Change that is impacting Pengerang                                                                                                                                             

.: …                              

Artist Profile

6 artworks by syul hezri. 

 Year born: 1980

About The Theme

Climate Change Issues Affecting Pengerang, Johor

Forewords By Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perubahan iklim sering dibicarakan melalui angka, laporan dan fakta. Namun kali ini, kami memilih untuk menyampaikan ceritanya dengan cara yang berbeza; melalui seni.

Kempen “Ambil Peduli” lahir daripada hasrat untuk membawa isu perubahan iklim lebih dekat kepada masyarakat. Bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk dirasai, difikirkan dan dibicarakan. Karya-karya yang dipamerkan di papan iklan sekitar Pengerang mengangkat isu yang berlaku di sekeliling kita, melalui bahasa visual yang lebih dekat dan mudah difahami.

Mengapa seni? Kerana ada perkara yang kadangkala lebih kuat disampaikan melalui sebuah karya daripada sederet kata-kata. Seni mampu menarik perhatian, menyentuh emosi dan membuatkan kita berhenti seketika untuk melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza.

Kerjasama Majlis Perbandaran Pengerang bersama artis tempatan, Syul Hezri, juga menjadikan kempen ini lebih istimewa. Ia bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi satu usaha menghubungkan isu alam sekitar dengan kreativiti dan bakat tempatan.

Pengerang sedang berkembang pesat. Dalam kita meraikan pembangunan dan kemajuan, kita juga perlu lebih peka terhadap perubahan yang berlaku pada alam di sekeliling kita. Tanggungjawab menjaga Pengerang tidak terletak pada satu pihak sahaja. Setiap daripada kita mempunyai peranan.

Semoga “Ambil Peduli” membuatkan kita berhenti sejenak, melihat, berfikir  dan akhirnya, mengambil peduli.

Kerana perubahan besar selalunya bermula apabila kita mula peduli.

Norazmi Amir Hamzah

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Pengerang